Thursday, April 29, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan - Cawangan UMNO

Mulai 1 Mei 2010, semua Cawangan - Cawangan UMNO dalam Bahagian akan memulakan persidangan masing - masing. Gunakan lah kesempatan in, untuk kita membina bangsa kita ke arah yang lebih baik. Gunakan saluran ini, bagi kita berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman bagi membina bangsa kita ini.
Insyallah, saya selaku Ketua Pemuda UMNO CAwangan akan menyambut kesempatan ini bagi membina bangsa dan negara. Sambutlah dengan kemenangan seperti kita menyambut kemenangan di Piliharaya Kecil Hulu Selangor.

Selain itu, janganlah kita melanggar tatacara mesyuarat yang kerap berlaku setiap tahun. Bacalah dan Bawalah perlembagaan bersama apabila kita ingin memulakan mesyuarat nanti.

Akhir sekali, saya sebagai Ketua UNit Media Baru mengucapkan Selamat Bermesyuarat.

Terima Kasih...

Kita Menang Di Hulu Selangor - Sebab kita hantar calon muda dan terbaik

Tahniah Pemuda Tebrau yang membantu.... Kerja Keras anda berhasil......

KUALA LUMPUR 28 April - Ahli Parlimen Hulu Selangor yang baru, P. Kamalanathan (gambar) akan terus mendekati masyarakat di kawasan tersebut sekali gus menawan kembali hati rakyat di kawasan peti undi yang Barisan Nasional (BN) kalah.

Beliau berkata, ini penting bagi mewujudkan hubungan yang rapat dengan semua penduduk bagi memastikan usaha BN membangunkan Hulu Selangor menjadi lebih mudah.

"Perpaduan antara parti dan rakyat di kawasan ini semakin kukuh. Malah hubungan antara pemimpin BN dan rakyat juga sudah membuktikan ia semakin erat.

"Saya akan memastikan semua rakyat berbilang kaum di kawasan Parlimen ini dibela dan akan memperbanyakkan program terutama di kawasan peti undi yang menyaksikan kekalahan BN di sini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi.

Ditanya usaha untuk mendapatkan sokongan di peti undi yang BN kalah, Kamalanathan berkata, kajian terperinci akan dilakukan terlebih dahulu bagi mengenal pasti punca mereka menyokong calon pembangkang.

"Saya akan memikirkan formula baru yang akan diketengahkan untuk membuat pembetulan balik kepada BN di kawasan ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Kamalanathan berkata, beliau akan memperbanyakkan program turun padang bagi berinteraksi bersama rakyat dalam mendapatkan maklumat lanjut tentang permasalahan yang dihadapi di sesebuah kawasan.

"Tumpuan kita ialah di kawasan komersial, perumahan dan ladang-ladang pertanian di Hulu Selangor dan setiap aduan rakyat akan diambil tindakan segera.

"BN sahaja yang mampu menunaikan harapan rakyat bagi membawa perubahan di Hulu Selangor dan itu adalah janji kita untuk rakyat selepas kemenangan ini," katanya.