Monday, September 14, 2009

Selamat Ei-Dul-Fitri

Salam,

Kami ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Memohon Maaf sekiranya terdapat kesilapan.

Amalkan C.A.R.E semasa pemanduan di Jalan Raya

C : Cermat
A : Adab
R : Rasional
E : Etika

Salam Ei - Dul - Fitri

Khairul Bin Hashim
Unit Media Baru
B/P : Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau

Tuesday, September 8, 2009

Salam Pengenalan

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera

Dalam Pilihanraya Umum yang lalu, kita mengalami kekalahan yang amat teruk kerana kita terlepas pandang tentang peperangan psikologi / maklumat di dalam internet. Kegagalan kita untuk bersaing di dalam perperangan ini, menyebabkan ramai anak – anak muda kurang mendapat maklumat yang tepat lalu tidak mengundi parti dan calon – calon daripada Barisan Nasional. Kebanyakkan maklumat yang diberikan di dalam Internet adalah tidak tepat dan cuba mendapatkan perhatian lalu mempengaruhi para pengundi muda khususnya. Akhirnya, Barisan Nasional gagal mempertahankan beberapa buah kerusi sehingga hilang jumlah 2/3 dalam parlimen dan beberapa buah Negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Oleh itu, kita perlu belajar daripada kesilapan ini. Kita juga perlu sentiasa memberi perhatian terhadap peperangan ini. Inilah medium yang kita tidak dapat menguasai sepenuhnya. Inilah kehebatan dalam peperangan ini yang perlu kita akui lalu mencari kaedah terbaik untuk menguasainya.

Ketika Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau 2009 yang lalu, kita semua telah meluluskan usul untuk menwujudkan pasukan Cyber bagi bersaing dalam peperangan ini. Oleh yang demikian, pasukan yang dipilih telah memulakan langkah pertamanya. Hasilnya pasukan ini telah pun berjaya menwujudkan sebuah Weblog. Syabas dan Tahniah, saya ucapkan kepada Pasukan ini. Selain itu, saya ingin melahirkan perasaan gembira dengan nama weblog yang dipilih dan semoga ia akan melambangkan Imej perjuangan yang tuntas serta bercirikan pengetahuan dan berketrampilan.

Sesungguhnya Imej Pemuda Berilmu ini akan mencerminkan keseluruhan Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagaian Tebrau. Inilah tempat untuk semua ahli – ahli mengeluarkan pendapat dan mendapatkan maklumat terkini dalam kita memacu kea rah kecemerlangan untuk Pergerakan kita bersama.

Saya dengan rasa rendah diri dan rasa bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberi anugerah untuk memimpin pergerakan ini. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih atas bantuan dan sokongan yang telah diberikan.

Akhir kalam, saya ingin mengalu – alukan Saudara – saudara semua untuk melayari Weblog ini. Sebarang pandangan yang dikemukakan dalam weblog ini akan dibincangkan secara khusus untuk dijawab. Insyallah.

Sekian, Wassalam

Syahrin Md Jamaludin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau

Monday, September 7, 2009

Perutusan Nuzul Al-Quran

Pertamanya, kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita menyambut Ramadhan al Mubarak serta sambutan Nuzul Al-Quran pada tahun ini dalam keadaan aman, kesederhanaan dan penuh kerahmatan. Sesungguhnya, kitab suci Al-Quran telah diturunkan pada 17 Ramadhan, bersamaan dengan 6 hari bulan Ogos tahun 610 Masihi. Allah S.W.T. telah meletakkan Al-Quran sebagai Huda li al Nas, iaitu petunjuk kepada seluruh umat manusia, tanpa mengira bangsa dan keturunan. Ini bertepatan dengan Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Baqarah, Ayat 185 yang bermaksud:

"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah..."


Penurunan Al-Quran ini bukan sahaja untuk mengajar manusia supaya menunaikan ibadah khusus seperti solat dan berpuasa. Malahan, Al-Quran juga mengajar manusia supaya mendahulukan berbuat baik sesama manusia, mengutamakan semangat perpaduan dan menghayati semangat silaturrahim. Justeru, dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, saya percaya majoriti rakyat tetap cintakan perpaduan, perdamaian dan keharmonian serta saling menerima keunikan kaum lain seadanya. Ironinya, sambutan ini akan memberi impak positif ke arah kesejahteraan rakyat dalam menjana keutuhan perpaduan nasional sesama kita.

Iktibarnya, umat Islam perlu berusaha dengan tuntas mengtransformasi isi kandungan Al-Quran dengan semaksimanya bagi menggalakkan pembudayaan ilmu dan kajian inovasi Al-Quran untuk memahami dan mengaplikasi setiap ajaran yang dituntut secara total dan holistik. Ini perlu diinisiatifkan leh para tokoh ulama, ilmuwan dan saintis Islam demi kepentingan umat Islam yang banyak didepani pelbagai permasalahan baru dan isu berkaitan Islam semasa, syariah, perundangan, perubatan, ekonomi dan sebagainya.

Budaya ilmu yang merupakan salah satu nilai aspirasi 1Malaysia adalah teras kepada kehidupan manusia sehingga ayat Al-Quran yang terawal diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah berkaitan dengan sumber dan kaedah ilmu, sebagaimana firman Allah dalam surah al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 yang bermaksud:


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."


Dalam konteks ini, penekanan budaya ilmu menerusi Al-Quran ini juga menunjukkan Islam sangat menitikberatkan kepada kemajuan dan penghayatan ilmu pengetahuan. Ianya telah mencipta tamadun besar yang telah memberi impak amat bernilai terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan kesejahteraan dunia serta umat sejagat. Sumbangan Islam dalam bidang intelektual begitu terserlah sehingga berupaya melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan unggul dalam pelbagai bidang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Jelaslah bahawa Kitab Suci Al-Quran adalah sebagai sumber ilmu dan ketamadunan yang unggul untuk membina kekuatan dan mengangkasa umat sebagai Khaira' Ummah, iaitu umat terbaik yang hidup bersatupadu dan mampu menakhoda zaman di bawah kesepakatan gagasan 1Malaysia. Pengakhir kalam, marilah kita bersama-sama menyambut Nuzul Al-Quran dengan satu tekad dan satu azam untuk menjadi umat cemerlang yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Negara. Jadikanlah Al-Quran sebagai pedoman hidup untuk meningkatkan ketakwaan kita dalam mengharungi gelombang dan lautan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Yab Perdana Menteri Malaysia 2009

http://www.1malaysia.com.my/index.php?option=com_jb2&PostID=105&view=post&Itemid=60


Tuesday, September 1, 2009

Perjuangan Tuntas Orang Muda

Salam kepada Pembaca sekalian dan orang - orang muda..

Semalam, dengan izin yang maha esa, saya berkesempatan diluangkan masa bersama pemimpin muda yang berjiwa islam dan tinggi keperibadiannya. Ia memang jelas kewibawaannya dalam memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau sehingakan berasa segan tak terkata bila berhadapan dengan nya. Orang itu lah merupakan simbol kekuatan bagi saya dan rakan - rakan lain yang berada di dalam bahagian ini. Secara peribadi, saya sendiri berasa segan - segan dalam pertemuan itu. Dalam pertemuan itu, saya juga ada meningatkan beliau dan diri saya serta sahabat - sahabat yang lain, bahawa senantiasa menjaga tingkah laku dalam menjunjung nilai kepimpinan yang tinggi supaya kelak tidak terjadi seperti bekas calon - calon BN yang kecundang sejak akhir - akhir ini. Inilah yang dipanggil t-faktor/ wow faktor dalam usaha kita bersama merapatkan dan menjunjung era perjuangan para pimpinan yang lepas yang masih jauh dan terus jauh..

Dalam pertemuan tersebut, menyambung kebertangungjawabannya kepada saya dalam mengolah dan meningkatkan imej dalam mengharungi perang psikologi oleh pembangkang di dalam perjuangan ini. Ia mengambil kira semua faktor dan pandangan rakan - rakan muda bersama saya samada di dalam politeknik, gerakan belia, rakan internet, rakan umno/bn, rakan pembangkang serta pandangan akademik dalam bicara / forum awam, maka saya melahirkan tanggungjawab ini dengan memulakan langkah yang lebih strategik iaitu menwujudkan imej yang lebih mengalakkan pendekatan berilmu.. Sesungguhnya ia akan mengambil masa dalam persaingan hebat ini, tetapi dengan bantuan semua rakan - rakan insyallah, ia tidak akan terkeluar dari landasan persaingan.

Dalam pada itu juga, saya diminta memberi pandangan tentang serangan - serangan yang diberikan kepada UMNO / BN khususnya melalui media baru ini. Sesungguhnya saya mengakui secara jujur bahawa UMNO / BN masih lagi belum membuat perkara tersebut. Oleh itu, harapan disandarkan kepada saya untuk bersama - sama membantu dalam membuat serangan / menangkis / memberitahu bahawa sekiranya terdapat serangan yang dilakukan oleh pihak pembangkang dalam media baru ini.

Di akhir pertemuan ini, digarapkan kepada seluruh generasi pemuda agar sentiasa tuntas dalam meneruskan perjuangan. Buat anak muda yang sedang berada di menara gading, ingatlah bahawa UMNO / BN tidak pernah membuat sekatan kepada anda untuk bersama - sama berjuang dalam parti yang bertunjangkan kepada orang melayu. klau saya mampu dalam usia 24 tahun memimpin pemuda cawangan masakan anda semua yang berpendidikan tinggi tidak mampu. Apa yang penting perlunya ada strategi, keberanian dan kecerdikan untuk bersaing dalam dunia politik ini yang penuh adu domba ini. Permainan minda dan bibirlah yang menjadi penentu terhadap perlawanan yang mencabar ini bukanlah wang yang selalu disebut - sebutkan.

Salam perjuangan..

Khairul Bin Hashim
Unit Media Baru