Friday, October 2, 2009

1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Lebaran dan Bagan Pinang

ALAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR

Demikian kesinambungan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke – 6 iaitu YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak daripada Mantan Perdana Menteri iaitu YABbhg Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi pada bulan April 2009 yang lalu. Dengan peralihan yang penuh tertib ini,negara kita tetap berada dalam keadaan yang stabil, aman dan sejahtera walaupun dalam masa yang sama berhadapan dengan kegawatan ekonomi kesan kemelesatan ekonomi global terutamanya di Amerika Syarikat. Dalam melengkapkan ketertiban pelan peralihan ini juga, YAB Perdana Menteri diantara gagasan awalnya telah mewujudkan sebuah Idealisme kepimpinan yang baharu sebagai corak pentadbiran negara dan perlu diamalkan oleh rakyatnya iaitu Gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Apabila ia dilancarkan pelbagai perubahan telah mula berlaku, pelbagai hadiah dan berita manis diberikan kepada rakyat Malaysia. Ia disalurkan secara terus kepada rakyat tanpa melalui orang ketiga atau orang tengah. Inilah perubahan yang telah lama dinantikan oleh rakyat Malaysia.Satu amanah saham juga telah diwujudkan semata – mata untuk membantu rakyat memperolehi keuntungan hasil daripada perlaburan yang cekap secara bersama tanpa mengira kaum dan agama.Selain itu, sebagai melambangkan semangat timbangrasa dan kasih mesra kerajaan kepada rakyat beberapa orang tahanan ISA telah dibebaskan atas nasihat pihak keselamatan kerana diyakini bahawa mereka tidak lagi menjadi ancaman kepada kepada keselamatan rakyat dalam negara kita. Apabila genap 100 hari pentadbiran YAB Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri, pelbagai hadiah dan insentif diberikan kepada seluruh Rakyat Malaysia pula.Diantaranya pengurangan kadar tol, pengurangan lesen motorsikal untuk golongan anak muda, penubuhan Yayasan 1 Malaysia dan lain – lain lagi. Sesungguhnya inilah peluang yang perlu direbut oleh rakyat agar kita sama - sama dapat menyampaikan segala kebaikan yang telah dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional hari ini kepada seluruh warga rakyat yang masih tidak menyedari usaha murni kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri kita ini.Kerajaan yang lebih suka merealisasikan harapan rakyat daripada menabur janji kosong semata – mata untuk meraih sokongan dan akhirnya memberikan pelbagai alasan palsu semata – mata untuk menutup kelemahan mereka sendiri yang sememangnya tidak mampu memerintah di negeri yang mereka diberi kuasa oleh rakyat untuk mentadbir apatah lagi untuk memerintah negara ini.

ALAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR

Ketika saya sedang menulis artikel ini,rakyat dalam kita sedang menghadapi 2 perkara yang sangat penting. Pertamanya Seluruh Orang Islam di Malaysia sedang meraikan kemenangan di bulan Syawal yang mulia selepas menjalankan ibadah puasa yang penuh keberkatan.Meraikan syawal di dalam erti kata hari raya yang sebenar sangatlah mengharukan hati ini apabila melihatkan betapa syawal disambut di bumi yang bertuah ini dengan penuh kemeriahan.Rumah terbuka ada dimana – mana sahaja,pagi satu syawal juga memberi peluang kita berjabat salam memohon maaf terutama dari kedua ibu bapa dan sanak saudara yang lain.Amalan ziarah menziarahi dan saling bermaafan terus menjadi seri mencerikan syawal yang disambut sepanjang bulan.Saya ucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang beragama islam yang berjaya menjalankan tanggungjawab seperti yang dituntut dalam rukun islam.Percayalah seandainya kita ditakdirkan lahir ke dunia ini bukan sebagai rakyat Malaysia kita tidak akan dapat sama sekali menikmati hari lebaran seindah yang kita lalui seumur hidup kita dalam tanah air ini.Bulan Syawal cuma pelengkap kepada perjuangan melawan hawa nafsu,kepada yang tidak berjaya, harap tidak diulangi dan melakukan puasa ganti dengan penuh hikmah dan keinsafan.Ramadhan yang penuh dengan keberkatan adalah istimewa dan mulia kerana ia menyumbang ke arah kesedaran dan keinsafan rakyat beragama islam dalam negara kita,ramadhan memberi ruang kepada kita merasakan sekelumit kesengsaraan rakyat di negara miskin di luar sana yang merempat di tepi jalan,tidak bertanah malah tidak berumah apatah lagi berharta sekalipun berpijak di tanah air sendiri.

ALAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR

Nama sahaja mereka mempunyai negara dan kerajaan,tetapi kerajaan mereka tidak mampu untuk melindungi rakyat mereka sendiri malah pemimpin kerajaan mereka menjadi pengemis antarabangsa diperdaya oleh lintah darat dunia yang memberi mereka wang pada hari ini semata – mata untuk menjadikan mereka hamba buat selamanya.Dalam masa sama rakyat mereka bergelumang dengan dengan pelbagai kemelut kemanusiaan yang saban hari semakin meruncing sehingga menjadi permasalahan dunia pula untuk membantu mereka.Cuba kita bayangkan andai kita menjadi rakyat dalam negara yang sebegitu dan lebih teruk lagi negara sedemikian dikenali sebagai negara islam atau negara orang – orang islam.Di peringkat Pemuda Umno Bahagian Tebrau pastinya pengalaman berkonvoi sepanjang program ziarah ramadhan bukan sahaja memberi pengalaman manis malah pengajaran yang sangat berharga dan menginsafkan diri kita.

Sidang pembaca sekalian,

Dalam kesempatan ini saya ingin menjemput saudara / saudari semua ke Majlis Aidilfitri anjuran saya dan keluarga pada Ahad 4 Oktober 2009 bertempat di Kampung Sinaran Baru, Skudai Johor.Hubungi Sdr.Rizal 0197673662 atau Sdr.Farihin 0177744139 untuk maklumat lanjut.Kehadiran anda amat saya hargai.


ALAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR

Keduanya Pilihanraya Kecil di DUN Bagan Pinang,Negeri Sembilan. Pilihanraya kecil ini berlaku disebabkan kembalinya ke rahmatullah wakil rakyat di situ pada bulan lalu.Ini menyebabkan berlakunya Pilihanraya Kecil lagi seperti diumumkan oleh Suruhanjaya Piliharaya Malaysia ( SPR ).Calon daripada Barisan Nasional telah diumumkan oleh YAB Timbalan Presiden UMNO iaitu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang.Sesunguhnya calon yang dipilih ini merupakan seorang yang senantiasa ingin berbakti kepada masyarakat. Seorang Bekas Menteri Besar dan Bekas Naib Presiden yang disayangi dan disukai rakyat pada masa dulu dan sekarang.Sebelum ini, beliau telah berhadapan dengan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO. Walaupun begitu, beliau tetap bersemangat dan setia.Beliau terus bangkit untuk mencipta dan mengecapi semula kegemilangan seperti dahulu. Dalam ucapan beliau selepas diumumkan sebagai calon, beliau berjanji akan bekerja kuat dan akan menunaikan tanggungjawab apabila dipilih menjadi wakil rakyat. Kepada pengundi di Dun Bagan Pinang, saya menyeru agar memilih parti Barisan Nasional kerana calon BN di kawasan anda ini ialah orang yang mempunyai Iltizam tinggi dan idealisme murni untuk memajukan Dun Bagan Pinang dan mendokong gagasan dan wawasan negara.Percayalah Tan Sri Isa tidak perlu diragui kerana dahulu beliau telah membuktikannya.Beliau diangkat sebagai calon kali ini juga adalah kerana majoriti rakyat Bagan Pinang mahukan beliau dan tentunya kerana suatu ketika dahulu beliau selalu mengotakan janji dan belum pernah mengecewakan.

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

UNDILAH BARISAN NASIONAL

Syahrin Md Jamaludin@SJ

Sekian, Wassalam

2 comments:

  1. Salam,

    Tahniah kerana telah berjaya menghasilkan blog khusus ini. Saya blogger SAYANG MALAYSIA ingin menjemput para pembaca untuk melayari blog ini di alamat http://sayangmalaysia-sysalq.blogspot.com
    Blog ini membincangkan perkata berkaitan dengan perkembangan politik tanah air kita. Terdapat perkara yang harus kita fikirkan bersama demi kesinambungan UMNO khususnya. Wassalam

    ReplyDelete