Monday, August 24, 2009

Selamat Datang Hadirin / Hadirat Semua

Selamat Datang Semua.

Saya mengalu - alukan sebarang komen, artikel dan pendapat daripada saudara/saudari semua khususnya daripada Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau. Inilah medan kita menjalin hubungan silaturrahim sambil kita berdiskusi hujah dengan memegang prinsip keilmuan sebagai tonggak " Strategi Pengekalan Kuasa " Insyallah....

Marilah kita memupuk semangat kekeluargaan dalam kita menjayakan misi dan visi para pemimpin kita. Sentiasa mendongak ke bawah dengan penuh rasa rendah diri demi survival Parti Terbesar Orang Melayu yang kita semua tunjangi.

Akhir kalam, saya melahirkan rasa berbangga atas kejayaan yang kita perolehi selama ini, tetapi janganlah kita leka bahawa perjalanan kita masih jauh dalam menyambungi Era Perjuangan Dato Onn Bin Jaafar dan Tunku Abdul Rahman. Pepatah Dato Onn Jaafar ( Dalam Filem Hati Malaya ) bahawa Orang Melayu Mesti boleh bersatu..... So, Let's Do It Together.....

Terima Kasih dan Selamat Melayari Blog ini.

Khairul Bin Hashim
Pengerusi Perang Cyber

1 comment:

  1. TAHNIAH! Akhirnya Pemuda Tebrau mempunyai blog sendiri yang boleh menghubungkan secara maya Pemuda dengan masyarakat. Gunakan medium ini dengan sebaiknya.

    Masukkan banyak maklumat, aktiviti, rujukan, panduan dan sebagainya yang berkaitan. Jadikannya sebagai blog yang menarik untuk di kunjungi.

    Saya doakan semoga saudara semua berjaya menuju wawasan dan impian.

    Teruskan perjuangan dan jangan sesekali mengaku kalah.

    Terima kasih.
    Mantan KP Bkt. Jaya.

    ReplyDelete