Monday, August 31, 2009

Perjuangan Menyabung Nyawa TAR dalam Menuntut Kemerdekaan Malaya

Salam Merdeka kepada semua pembaca

Semalam, dalam akhbar Sinar Harian, satu artikel tentang Pertarungan Nyawa Tunku Abdul Rahman dalam menuntut kemerdekaan Negara. Artikel tersebut oleh Anakanda Sulung Tunku Abdul Rahman ( Perdana Menteri Malaysia yang pertama ) menyebabkan saya merasa sungguh sebak di dada/ hati apabila membacanya.

Artikel itu menyebut bahawa ada beberapa perkara yang kurang senang berlaku kepada Tunku dalam usaha menuntut kemerdekaan Malaya. Semua perkara berlaku, hampir meragut nyawa Tunku. Akibat kecekalan dan ketabahan beliau, akhirnya kemerdekaan tercapai jugak.

Sesungguhnya artikel itu, membuat ku renung jauh, bahawa perjuangan ini masih lagi jauh dan terus jauh. Segala apa yang telah diperolehi haruslah dihargai dan dijunjungi dalam usaha mencapai kejayaan perjuangan yang sentiasa jauh. Dengan ketabahan, kesabaran dan sentiasa belajar lah, kita semua dapat menghargai perjuangan kemerdekaan ini.

Salam Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka

Semoga sentiasa diberkati, dilindungi dan dipimpin oleh Allah SWT.

Amin ya rabalalamin.

No comments:

Post a Comment