Tuesday, September 8, 2009

Salam Pengenalan

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera

Dalam Pilihanraya Umum yang lalu, kita mengalami kekalahan yang amat teruk kerana kita terlepas pandang tentang peperangan psikologi / maklumat di dalam internet. Kegagalan kita untuk bersaing di dalam perperangan ini, menyebabkan ramai anak – anak muda kurang mendapat maklumat yang tepat lalu tidak mengundi parti dan calon – calon daripada Barisan Nasional. Kebanyakkan maklumat yang diberikan di dalam Internet adalah tidak tepat dan cuba mendapatkan perhatian lalu mempengaruhi para pengundi muda khususnya. Akhirnya, Barisan Nasional gagal mempertahankan beberapa buah kerusi sehingga hilang jumlah 2/3 dalam parlimen dan beberapa buah Negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Oleh itu, kita perlu belajar daripada kesilapan ini. Kita juga perlu sentiasa memberi perhatian terhadap peperangan ini. Inilah medium yang kita tidak dapat menguasai sepenuhnya. Inilah kehebatan dalam peperangan ini yang perlu kita akui lalu mencari kaedah terbaik untuk menguasainya.

Ketika Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau 2009 yang lalu, kita semua telah meluluskan usul untuk menwujudkan pasukan Cyber bagi bersaing dalam peperangan ini. Oleh yang demikian, pasukan yang dipilih telah memulakan langkah pertamanya. Hasilnya pasukan ini telah pun berjaya menwujudkan sebuah Weblog. Syabas dan Tahniah, saya ucapkan kepada Pasukan ini. Selain itu, saya ingin melahirkan perasaan gembira dengan nama weblog yang dipilih dan semoga ia akan melambangkan Imej perjuangan yang tuntas serta bercirikan pengetahuan dan berketrampilan.

Sesungguhnya Imej Pemuda Berilmu ini akan mencerminkan keseluruhan Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagaian Tebrau. Inilah tempat untuk semua ahli – ahli mengeluarkan pendapat dan mendapatkan maklumat terkini dalam kita memacu kea rah kecemerlangan untuk Pergerakan kita bersama.

Saya dengan rasa rendah diri dan rasa bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberi anugerah untuk memimpin pergerakan ini. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih atas bantuan dan sokongan yang telah diberikan.

Akhir kalam, saya ingin mengalu – alukan Saudara – saudara semua untuk melayari Weblog ini. Sebarang pandangan yang dikemukakan dalam weblog ini akan dibincangkan secara khusus untuk dijawab. Insyallah.

Sekian, Wassalam

Syahrin Md Jamaludin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau

No comments:

Post a Comment